Hab Latihan dan ​Pendidikan untuk anda!

Tentang MIH Centre

MIH Centre ini telah ditubuhkan oleh syarikat MIH ​Training & Consultancy Services. MIH Training & ​Consultancy Services adalah sebuah syarikat ​berdaftar dengan nombor pendaftaran ​201703113739 (002638697-H). Syarikat latihan ini ​telah diasaskan oleh Ustaz Dr. Muhammad Ikram ​Abu Hassan sejak tahun 2019. Beliau ​mengasaskan pusat latihan ini dengan tujuan ​untuk menjadi pusat latihan dan pendidikan Islam ​seisi keluarga serta untuk membina generasi celik ​al-Quran dan al-Hadis sekitar Selangor.

Sejak penubuhan, MIH Training & Consultancy ​Services ini mula mengadakan pelbagai siri ​pengajian atas talian dalam memberikan ​kefahaman dan penghayatan Islam termasuklah ​ketika negara berada dalam fasa pandemik Covid-​19.


Dan setelah fasa pandemik berakhir, beliau mula ​mengadakan kelas Al-Quran Dewasa dan Kanak-​kanak secara bersemuka di rumah beliau.


Disebabkan permintaan yang sangat tinggi, beliau ​mengorak langkah selangkah ke hadapan dengan ​menubuhkan pusat latihan yang dinamakan MIH ​Centre di Puncak Saujana, Kajang.


Dengan penubuhan pusat ini, pihak MIH Training & ​Consultancy Services semakin serius untuk ​merancang dan melaksanakan pelbagai program ​termasuklah program Tahfiz Cuti Sekolah yang ​akan datang ini untuk mencapai misi dan visi MIH ​Training & Consultancy Services.

Lokasi MIH Centre

MIH Centre ini terletak di alamat 12-1, Jalan ​Puncak Saujana 1/1A, Taman Puncak Saujana, ​43000 Kajang, Selangor. Pusat ini dilengkapi ​dengan kemudahan fasiliti asas yang baik dan ​berhawa dingin untuk memudahkan proses ​pengajaran dan pembelajaran sepanjang program ​berlangsung.

Ke​nali Pengasas

Industry-specific talks on the main stage

White Circle Vector

Dr. Muhammad Ikram Abu Hassan

Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Al-Azhar, Mesir

Sarjana Al-Quran dan As-Sunnah, KUIN

PhD Al-Quran dan As-Sunnah, UIAM

Program ​Tahfiz Cuti ​Sekolah

Tahfiz Cuti Sekolah (TCS) bertujuan untuk ​memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ​sekolah tentang kepentingan dan ​keindahan al-Quran dalam kehidupan ​mereka.

Tahsin

Al-Fatihah ​Dewasa

Program ini bertujuan untuk:

1. mahir dalam tajwid surah al-Fatihah ​secara komprehensif

2. mahir membaca al-Fatihah secara talaqi

3. dapatkan ijazah sanad al-Fatihah


Smart ​Muslim

Smart Muslim adalah program istimewa ​untuk anak-anak berusia 6 hingga 17 ​tahun di hujung minggu. Akan datang ​dengan pelbagai tema yang menarik ​untu membina anak-anak Muslimyang ​cerdas dab berakhlak mulia.

Hubungi Kami

Email Letter Icon

Email

mihcentrekajang@gmail.com

Social Media Like Icon

Facebook

MIH Centre

instagram apps icon

Instagram

mihcentre_hq

Simple Viber Icon

Nombor Telefon

013-9695232